Sunday, August 23, 2009

Labah2 Bertelur dan Cicak Mati

Cuti sekolah penggal persekolahan selama seminggu dah pun bermula..... dan kebetulan cuti sekolah bermula ...... umat Islam mula berpuasa ...... cuti sekolah dan puasa .... jadi tak de aktiviti nak dibuat ...... nak g berjalan pun rasa tak seronok ...... sebab tak boleh makan dan minum ......

Jadi aku basuh baju2 yang belum berbasuh ...... malangnya bila hari pulak hujan ...... dua jam aje baju aku kena panas. ...... siap membasuh aku cadang nak mengemas rumah ...... baru separuh jalan kemas rumah lain pulak yang aku buat .......

masa aku memberus lantai bilik mandi aku tertarik dengan labah2 yang rajin buat sawang dalam bilik mandi aku ...... aku tengok seekor tu sedang mengendong telurnya ..... siap berus terus aku ambil kamera dan mula menembak .... jadi model le pulak labah2 ni .......



siap menembak aku nak simpan kamera dalam dry box ...... tertarik pulak dengan benda lain di bawah meja cernim ..... la ada anak cicak mati rupenya ...... macam mana le aku tak perasan ..... cicak tu dah tinggal tulang je ...... berapa lama dah ada kat situ? ...... selama ni aku sapu macam mana belah tak perasan? .......


Wednesday, August 19, 2009

Dah mati rupanya .....


Aku balik sekolah tadi ...... aku buka tingkap dapur rumah aku ..... aku nampak seekor serangga dok tergantung kat kaca tingkap....... aku pun segera keluarkan kamera aku dan tukar lensnya ..... kelam kabut aku dibuatnya ...... takut2 serangga tu cabut ...... terbang ke tempat lain ..... bila aku kembali ke situ dia masih ada lagi di situ ...... aku terus shoot beberapa pose serangga tu ..... tak lari walau pun flash aku berdesup2 memancar kat dia ......... aku rasa pelik ...... awat la mamat sekor ni tak lari ....... aku sentuh dengan hujung jari aku ...... dia masih tak cabut lagi ..... aku pegang serangga tu ...... rupa2nya dia pun kembali ..... dah mati ......

tapi aku pelik ..... mengapa dia tergantung kat situ ...... mati beragan kot???

Saturday, August 15, 2009

Belajar Lighting dengan Faizal Omar .....

Hari ni tak de apa nak dibuat ...... demam aku pun belum berapa ok ..... lepak kat rumah .... tadi abang aris call ...... dia kata Faizal balik kampung ...... so abang aris minta Faizal ajar tentang penggunaan lampu/off camera flash ...... rumah aku jadi port untuk aktiviti ni .... kawan2 nak beri ilmu ...... aku setuju ...... yang hadir untuk aktiviti kali ni .... aku(sentinel103), abang aris(ar15_s) dan fakar (nurhaifa) .... Faizal jadi tok gurunya ......

jam 4.30 petang abang aris dan modelnya Syima tiba bersama Faizal ...... banyak juga yang dapat aku belajar tentang off camera flash ni dan Faizal juga mengajar cara2 nak communicate dengan model secara berkesan ..... mood model bergantung kepada fotografer .......

lama juga mereka shoot kat rumah aku ........


Faizal(berbaju hitam) memberi penerangan dan tunjuk ajar .... sebelah abang Aris ....

Faizal memberi penerangan cara nak shoot ......

dan ni modelnya ...... Syima ......





Sunday, August 9, 2009

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan Kali ke 21

Aktiviti : Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan kali ke 21
Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan
Tarikh : 8 Ogos 2009
Masa : 2.30pm
Perasmi : YAB Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir (Menteri Besar Perak)

Aku dapat job ni dari seorang kawan. Dia minta aku join dia untuk cover majlis ni . Seronok juga, lama tak ambil gambar untuk majlis rasmi macam ni.

Pada 1.45 aku sampai orang ramai sudah pun berada di sekitar bangunan dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan.

YAB Dato Seri Zambry tiba diperkarangan dewan jam 3.00pm. Hari hujan rintik-rintik, tetapi tidak menghalang majlis sambutan ketibaan beliau.



Ucapan Dato Idris Hashim, Ketua Bahagian Teluk Intan.





Gaya-gaya YAB Dato Seri Zambry ketika memberi ucapan.



Gambar ramai ... orang2 kuat UMNO Bahagian Teluk Intan bersama YAB Dato Seri Zambry Abdul Kadir.

Majlis perasmian tamat jam 5.00pm .... kemudian disambung kembali dengan mesyuarat.
Gambar mesyuarat tidak tidak diletakkan di sini. ........

p/s - laman ni tiada kaitan dengan politik ..... cuma sebagai satu catatan apa yang aku lakukan dalam perjalanan hidup aku seharian. .... dan aku ambil job ni demi mengisi perut aku .....hehehe ......

Saturday, August 8, 2009

Konsert Kesenian Islam | Artis Hijjaz

Petang kelmarin aku telah pergi Maahad Al-Islah, Sungai Lampan, Teluk Intan. Pihak pengurusan sekolah tersebut telah mengadakan Konsert Kesenian Islam. Kumpulan Hijjaz telah dijemput bagi melaksanakan konsert ni bersama beberapa kumpulan nasyid lain yang aku tak kenal.

Aku sampai petang lebih kurang jam 5.30pm. Saje nak melihat Hijjaz membuat sound test sebelum persembahan mereka. Sempat gak menembak.
Tapi lepas tu ada benda lain yang menarik minat aku ......... ni dia ......


hehehe ....... jadi le dapat lepas gian .........

Kensert ni bermula pada jam 9.00 malam ...... lepas Isyak aku terus bergerak kembali ke Maahad Al - Islah ..... Kumpulan Hijjaz menyampaikan 6 buah lagu .....


dan ni ..... sahabat-sahabat aku yang sesama menembak malam tadi ......

gambar aku??? ...... memang tak de ..... sebab aku ambil gambar orang aje .......