Sunday, August 23, 2009

Labah2 Bertelur dan Cicak Mati

Cuti sekolah penggal persekolahan selama seminggu dah pun bermula..... dan kebetulan cuti sekolah bermula ...... umat Islam mula berpuasa ...... cuti sekolah dan puasa .... jadi tak de aktiviti nak dibuat ...... nak g berjalan pun rasa tak seronok ...... sebab tak boleh makan dan minum ......

Jadi aku basuh baju2 yang belum berbasuh ...... malangnya bila hari pulak hujan ...... dua jam aje baju aku kena panas. ...... siap membasuh aku cadang nak mengemas rumah ...... baru separuh jalan kemas rumah lain pulak yang aku buat .......

masa aku memberus lantai bilik mandi aku tertarik dengan labah2 yang rajin buat sawang dalam bilik mandi aku ...... aku tengok seekor tu sedang mengendong telurnya ..... siap berus terus aku ambil kamera dan mula menembak .... jadi model le pulak labah2 ni .......



siap menembak aku nak simpan kamera dalam dry box ...... tertarik pulak dengan benda lain di bawah meja cernim ..... la ada anak cicak mati rupenya ...... macam mana le aku tak perasan ..... cicak tu dah tinggal tulang je ...... berapa lama dah ada kat situ? ...... selama ni aku sapu macam mana belah tak perasan? .......


No comments: